Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Tuesday, November 24, 2009

Pencapaian UPSR 2009

Tahun 2009 seramai 48 calon menduduki Peperiksaan UPSR. Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2009 ialah 47.9%, iaitu meningkat sebanyak 0.4% berbanding tahun 2008 iaitu 47.5%. Seramai 2 orang murid mendapat 5A iaitu Mohd Saiful Khuzaifa & Muhd Uzair Aiman. Bagi peratus kelulusan mata pelajaran, mata pelajaran Sains memperolehi peratus kelulusan yang paling tinggi iaitu 89.6%, diikuti Bahasa Inggeris 79.2%, Bahasa Melayu Pemahaman 72.9%, Bahasa Melayu Pemahaman 75.0% dan Matematik 50%.



Read more...

Lagu Sekolah

Hidup Berilmu

Hidup berilmu wawasan diri
Jasa guru kami hormati
Belajar dengan sessungguh hati
Berjaya matlamat kami

SK Nami sekolah kami
Yang amat disanjungi
Ilmu dicari bekalan diri
Untuk pedoman di hari nanti

Kepada tuhan kami percaya
Raja dan negara kami setia
Kesopanan dan tatasusila
Kamikan tetap jaga

Teruskan niat yang suci murni
Bersama wawasan diri
Bersatu padu hidup berilmu
Kitakan terus maju

Bersatu padu hidup berilmu
Kitakan terus maju

Read more...

Guru Besar

SENARAI GURU BESAR

1. ALI BIN EDING (1958 - 1976)

2. RAJA AHMAD BIN RAJA SULAIMAN (1976 - 1977)

3. HAJI SAAD BIN ARIFFIN ( 1977 - 1984)

4. HAJI MORAD BIN OMAR (1985 - 1987)

5. WAN SENU BIN WAN MAHMUD (1988 - 1994)

6. JAMIL BIN OTHMAN (1994 - 1995)

7. HJ OSMAN B HJ MOHAMAD (1995 - 1996)

8. ZULKIPLI BIN HJ ABDULLAH ( 1996 - 1999)

9. TN.HJ SULAIMAN B AHMAD (1999 - 2000)

10. ABD ALIM BIN KASSIM (2000 - 2001)

11. MAHMUD BIN MAT SAH (2001 - 2002)

12. TN HJ.KHOSIM BIN REJAB (2002 - 2003)

13. TN.HJ.MD DAUD BIN MAT (2003 - 2005) Pemangku Guru Besar

14. TN. HJ. MD AYOB BIN YAACOB (2006 - 2008)
15. PN. HJH TANA AZIRA BT ABDULLAH (2008 - 2009)

16. LIM GEK YAN (2009 - 16 Mei 2010)

17. MOHD BASRI BIN BAHAROM (17 Mei 2010 - kini)

Read more...

Maklumat Am Sekolah

MAKLUMAT AM SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN NAMI

NO.KOD SEKOLAH : KBA 7007

ALAMAT POS : WAKIL POS NAKA

POSKOD SEKOLAH : 06350 ALOR SETAR

DAERAH : PADANG TERAP

LOKASI : LUAR BANDAR

GRED SEKOLAH : A

JENIS BANTUAN : BANTUAN PENUH KERAJAAN

KANTIN ( LUAS ) : 176.8 M.PERSEGI

NO.LOT : 6191

MUKIM : TEKAI KIRI

LUAS TAPAK : 2.47 HEKTAR/6.09 EKAR/8.57 RELONG

HAK MILIK : KERAJAAN NEGERI

JENIS & NO.HAK MILIK : GM 253

Read more...

Sejarah Sekolah

Sekolah ini telah diasaskan pada 1 hb april 1957 oleh En Bali bin Ali yang berasal dari Danglau. Pada peringkat awalnya ia dikenali sebagai sekolah umum. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan di bangunan orang ramai yang terletak di Tanjung Piring. Disinilah juga tempat tinggal guru besar sekolah. Pada waktu itu hanya seorang guru yang menjadi tenaga pengajar dan juga memegang jawatan sebagai guru besar. Beliau ialah En Ali bin Eding yang ditukarkan dari sekolah umum Gajah Mati, Kota Setar, Kedah

Bilangan murid pada peringkat awalnya hanyalah 37 orang iaitu 25 pelajar lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Pengambilan ini tidak dihadkan umur. Umur mereka adalah diantara 11 hingga 17 tahun. Mereka hanya memakai pakaian biasa.

Setahun selepas itu barulah bangunan sekolah yang sebenar didirikan di kawasan itu. Ianya terdiri daripada dua buah bangunan yang panjangnya lebih kurang 60 kaki dan lebarnya 20 kaki. Segala perbelanjaan telah dibiayai oleh kerajaan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh pegawai daerah pada masa itu. Sebuah padang bola yang berukuran lebih kurang 120 kaki x 60 kaki dibina secara gotong - royong dengan menggunakan cangkul pada waktu malam kerana pada sebelah siangnya penduduk menjalankan aktiviti harian mereka.

Tidak lama kemudian seorang guru dihantar ke sekolah ini iaitu En Md Zain bin Abdullah dan diikuti dengan penghantaran seorang guru lagi iaitu En Md Hashim bin Salleh. Sebelum ini beliau mengajar di sekolah umum Kuala Nerang.

Setelah berkhidmat beberapa tahun disitu, akhirnya sebuah bangunan baru sebagai rumah guru didirikan. Bangunan ini adalah bangunan sementara yang berdinding papan, beratap zink tanpa siling. keadaannya sungguh kurang selesa.

Pada tahun 1969, sekolah ini telah dipindahkan ke tempat baru iaitu Kampung Nami lama. Namanya ditukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Nami. Dua buah bangunan disediakan di tempat baru ini. Bangunan 1 tingkat mengandungi 4 bilik darjah dan bangunan dua tingkat pula menempatkan 1 bilik darjah dan pentadbiran.

Pada tahun 2002, dua buah bangunan tiga tingkat setiap satunya dibina yang mana mengandungi enam bilik darjah dan bilik-bilik khas termasuk pejabat sekolah. Sebuah makmal komputer ( ict ) juga siap dibina pada tahun yang sama.

Kini,pelajar sekolah kebangsaan nami telah pun mencecah ke angka 329 orang. manakala guru seramai 27 orang.

Read more...

Sunday, November 22, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SK Nami 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SK nami telah dilaksanakan pada 11, 12 & 13 November 2009. Semua murid tahap 2 serta guru-guru terlibat dalam perkhemahan ini.


Read more...

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP