Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Thursday, June 30, 2011

Pesta Durian Peringkat Sekolah 2011 "Mai Makan Durian 2011"

Majlis 'Mai Makan Durian 2011' ataupun Pesta Durian Peringkat Sekolah 2011 telah dijalankan pada Khamis 30 Jun 2011. Majlis bermula jam 11.00 pagi selepas Sambutan Israk Mikraj 2011. Pegawai PPD dan Pengetua serta Guru Besar di kawasan berhampiran juga dijemput hadir ke majlis ini.



Untuk melihat koleksi Gambar Pesta durian Sila klik ke


Read more...

Sambutan Israk Mikraj 2011

Sambutan Israk Mikraj 1432 H Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2011 telah dilaksanakan pada 30 jun 2011 bersamaan 28 Rejab 1432 H. Pelbagai aktiviti di adakan pada hari tersebut, antaranya ialah :

* Ceramah Israk Mikraj
* Pertandingan Azan
* Pertandingan Bercerita
* Pertandingan Nasyid
* Pertandingan Mewarna (Tahap1)



Untuk melihat Album Gambar Sambutan Israk Mikraj,
Sila klik ke Facebook.com/sknami

Read more...

Thursday, June 23, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Untuk makluman Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1Malaysia Seluruh Negara yang melibatkan semua warga JPN, PPD, Sekolah, PIBG, IPGM, Matrikulasi dan masyarakat setempat.

Larian Sekolah Kebangsaan Nami :-
Tarikh : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : Bermula 7.00 pagi (flag off 7.45 pagi)
Tempat : Sekolah Kebangsaan Nami

Sila layari laman sesawang Bahagian Sukan KPM untuk mendapat segala maklumat dan panduan pelaksanaan aktiviti larian tersebut di http://www.moe.gov.my/bsukan

Pelajar, Guru dan Ibu Bapa / penjaga dialu-alukan untuk menyertai program larian ini. Pelajar, Guru dan Ibu Bapa / penjaga boleh mendapatkan borang-borang penyertaan melalui laman sesawang ini. Sila klik untuk muat turun :-

a. Borang Penyertaan untuk Murid / Pelajar
b. Borang Penyertaan untuk Guru / Pensyarah
c. Borang Penyertaan untuk Ibubapa / PIBG
d. Borang Penyertaan untuk Bahagian ( Kementerian Pelajaran Malaysia )
e. Lain-lain/Individu
f. PANDUAN PELAKSANAAN


Semua penduduk setempat dijemput untuk turut serta

Read more...

Monday, June 20, 2011

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2011

Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun 2011 telah berjaya dilaksanakan pada hari Khamis 16 Jun 2011 yang lalu. Semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 terlibat dalam pertandingan ini. Secara keseluruhan Rumah Kuning mengungguli Pertandingan Merentas Desa kali ini dengan mengumpul mata paling tinggi.


Read more...

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami telah diadakan pada tarikh keramat iaitu 16 Mei 2011. Pelbagai Aktiviti dijalankan sepanjang hari tersebut.

Acara Memotong Kek Hari Guru

Bacaan Ikrar Hari Guru

Acara Kerusi Muzik Kategori Guru Perempuan

Perlawanan Akhir Kerusi Muzik 2011 Kategori Guru Lelaki yang berlarutan hingga ke masa tambahan

Sebahagian dari Persembahan Murid

Jamuan Makan Sempena Hari Guru 2011

Selamat Hari Guru
"Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara"

Read more...

Mesyuarat Agong PIBG Tahun 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke-35 tahun 2011 telah dilaksanakan pada 29 Mac Mac yang lalu. Perasmian mesyuarat Agong PIBG SK Nami di sempurnakan oleh YB Dato’ SERI MAHAWANGSA Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid (ADUN Kawasan Pedu).

Untuk Melihat Koleksi Gambar Mesyuarat Agong PIBG 2011

Read more...

Pertandingan Sepak Takraw Peringkat Daerah 2011 (Bawah 12)

Tahniah kepada Regu Sepak Takraw SK Nami kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Peringkat Daerah Padang Terap telah dijalankan pada Mei 2011 yang lalu bertempat di Dewan Lubuk Merbau.

Pasukan Sepak Takraw SK Nami berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dan berjaya menewaskan SK Toh Puan Syarifah Anifah pada peringkat Suku Akhir. Pada peringkat Separuh Akhir Regu SK Nami tewas kepada Tuan Rumah SK Lubuk Merbau. Salah seorang pemain SK Nami telah terpilih mewakili Daerah ke peringkat Negeri iaitu Amirul Aimal dari kelas 6 Cerdik. Pasukan Sepak Takraw ini dibimbing oleh Ustaz Wan Roslan selaku jurulatih.

Read more...

Friday, June 17, 2011

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 MSSD Padang Terap

Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Daerah Padang Terap telah dijalankan pada 31 Mac 2011 yang lalu bertempat di Padang SK Lamdin & Padang SK Naka. Pasukan Bola Sepak SK Nami berjaya menjadi Naib Johan Kumpulan seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir. Pada peringkat kumpulan SK Nami memperolehi 8 Mata hasil dari 2 kemenangan dan seri 2 perlawanan.

Keputusan Peringkat Kumpulan;
SK Nami (3) lwn SK Padang Sanai (0)
SK Nami (2) lwn SK Datin Fatimah (0)
SK Nami (0) lwn SK Panglima Awang (0)
SK Nami (1) lwn SK Kuala Nerang (1)

Pada peringkat Suku Akhir SK Nami tewas kepada SK Naka dengan 6 gol tanpa balas. Pada perlawanan ini agak malang kerana penjaga gol utama mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar pada babak pertama permainan. Pencapaian ke Peringkat Suku Akhir pada tahun ini adalah antara pencapaian terbaik Pasukan Bola Sepak SK Nami. Salah seorang pemain SK Nami juga telah terpilih mewakili Daerah Padang Terap ke peringkat Negeri iaitu Shazril Aimal dari tahun 6 Cerdik. Pasukan Bola Sepak ini dibimbing oleh Cikgu Mohamed Faisal dan Cikgu Abdul Manaf selaku Jurulatih dan Ustaz Wan Roslan selaku Pengurus Pasukan.

Read more...

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan bagi Kakitangan Kerajaan
(Cara Nak Print Penyata Gaji Kakitangan Kerajaan)

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010. Perisian yang diperlukan adalah Web browser seperti Internet Explorer (IE) atau FireFox adalah digunakan untuk akses Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan. Untuk memaparkan maklumat penyata gaji bulanan dan penyata gaji tahunan, perisian PDF reader seperti Adobe Reader adalah digunakan.
Capaian masuk ke sistem e-Penyata Gaji & Laporan adalah melalui laman web rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia iaitu www.anm.gov.my. Untuk mengakses, klik laman web Jabatan Akauntan Negara.

Read more...

Tuesday, June 14, 2011

Senarai Guru Yang Baru Berkhidmat di SK Nami Tahun 2011

1. AHMAD TARMIZI BIN HASSAN
- Dari SK Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor.

2. CIK NORHAYATI BINTI MOHAMMAD
- Dari SK Sungai Pasir Kechik, Sungai Petani, Kedah

3. HEIRMAN BIN JAMALUDIN
- Dari SK Taman Sri Muda 2, Shah Alam, Selangor.

4. KATRUNADA BINTI DALI
- Dari SK Guar Cempedak, Kedah.

5. KHALIJAH BINTI ROMLI
- Dari SK Bagan Jermal, Pulau Pinang.

6. MAT SAHIDAN BIN AHMAD
- Dari SK Tuan Syed Jan Al-Jaffri, Sg Petani, Kedah.

7. MUHAMMAD HUSAIF BIN AHMAD JASRI
- Dari SK Lubok Bedil, Sarawak.

8. SITI SALMIAH BT PUTEH
- Dari SK Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor.

9. MAZLIANA BINTI ABU
- Penempatan Pertama

Read more...

MAZLIANA BINTI ABU


NAMA : MAZLIANA BINTI ABU
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : OKTOBER 2012

Read more...

SITI SALMIAH BT PUTEH


NAMA : SITI SALMIAH BT PUTEH

Read more...

MUHAMMAD HUSAIF BIN AHMAD JASRI


NAMA : MUHAMMAD HUSAIF BIN AHMAD JASRI

Read more...

MAT SAHIDAN BIN AHMAD


NAMA : MAT SAHIDAN BIN AHMAD
GRED : DGA32
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2011

Read more...

KHALIJAH BINTI ROMLI


NAMA : KHALIJAH BINTI ROMLI
GRED : DGA32
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2011

Read more...

KATRUNADA BINTI DALI


NAMA : KATRUNADA BINTI DALI
GRED : DG41
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2011

Read more...

HEIRMAN BIN JAMALUDIN


NAMA : HEIRMAN BIN JAMALUDIN
GRED : DGA29
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2011

Read more...

CIK NORHAYATI BINTI MOHAMAD


NAMA : CIK NORHAYATI BINTI MOHAMAD
GRED : DGA32
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2011

Read more...

AHMAD TARMIZI B HASSAN


NAMA : AHMAD TARMIZI B HASSAN
GRED : DG41
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 01.01.2011

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP