Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Wednesday, August 1, 2012

Majlis Perpisahan Guru Besar SK. Nami.



SK Nami sekali lagi mencipta sejarah pada pagi yang hening ini.Seluruh warga Sk. Nami tiba-tiba dikejutkan dengan berita perpisahan dengan seorang individu yang amat dihormati lagi disanjungi  iaitu En. Shohaimi bin Abu Bakar Guru Besar yang akan bertukar untuk memulakan tugas di SK Padang Sanai.

Seawal jam 7.45 pagi murid-murid berkumpul di dewan SK Nami bagi meraikan majlis perpisahan  dengan guru besar yang amat dikasihi.Pelbagai acara diatur bagi meraikan perpisahan ini dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Nordin diikuti bacaan seloka, persembahan murid Tahun 4C, ucapan wakil murid iaitu Siti Khalijah Bt. Abd Mutalib, diikuti Ucapan En Ishak Ismail GPK 1 mewakili warga guru, deklamasi sajak, tayangan slide oleh cikgu Zakir dan di kemuncakan dengan ucapan dari En Shohaimi bin Abu Bakar sendiri lalu disusuli dengan  penerimaan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Staff SK Nami, serta cenderamata daripada murid mengikut kelas. Saat yang paling mengharukan tiba di mana murid-murid berbaris untuk bersalam dan lambaian terakhir diiringi alunan lagu “ Bertemu dan Berpisah” dan lagu “Jangan Tinggal Daku”.

En Shohaimi bukanlah indivudu yang asing dengan Sk Nami. Beliau pernah bertugas sebagai guru biasa dari 1992 hingga 1998 selama 8 tahun iaitu di ketika awal kariernya sebagai pendidik. Justeru, tidak hairanlah jika beliau dianggap merupakan seorang yang cukup prihatin dan benar-benar memahami budaya sebenar SK Nami. Atas kecemerlangan semasa berkhidmat di SK Nami beliau telah diminta untuk bertugas sebagai Penyelia ICT di Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.Banyak sekali sumbangan beliau semasa di PPD terutamaya yang membabitkan hal yang berkaitan ICT. Pada bulan 11 2011 beliau  dinaikkan pangkat sebagai guru besar. Tanpa diduga sekali lagi SK Nami menjadi tempat persinggahan pertamanya sebagai guru besar. Hari ini dengan perasaan yang amat berat beliau sekali lagi terpaksa berpisah dengan sekolah yang  pasti menjadi sekolah yang amat bermakna dalam karernya sebagai pendidik;

SELAMAT BERPISAH DAN SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU DARI KAMI WARGA SK NAMI.HANYA TITISAN AIR MATA DAN IRINGAN DOA YANG MAMPU KAMI KIRIMKAN MOGA MENJADI NOSTALGIA INDAH KETIKA BERSAMA DI TERATAK KECIL BERNAMA SK NAMI.. SELAMAT BERTUGAS . 

Laporan oleh :
Cikgu Manaf Abdullah

0 comments:

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP