Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, October 20, 2012

Program RIMUP Daerah Padang Terap 2012



Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan  (RIMUP) merupakan  satu  program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya,  dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab  ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas..

Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan, perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama.

Seiring itu juga, RIMUP dapat mewujudkan bangsa Malaysia selain daripada sikap bersatupadu  tetapi juga berjiwa patriotik dan harus di pupuk dan disemai  dikalangan anak-anak sejak awal lagi. Berdasarkan itulah RIMUP dilaksanakan di peringkat sekolah, bukan sahaja melibatkan pelajar sahaja tetapi secara langsung juga melibatkan para ibubapa atau PIBG di sekolah. Dengan usaha begini dapat meningkatkan pembinaan Negara Bangsa, bangsa Malaysia bersatupadu hidup dalam hidup dalam suasana harmoni aman dan damai menuju Negara maju.


Sehubungan itu Program RIMUP peringkat Daerah Padang Terap 2012 telah diadakan pada 20 Oktober 2012 bertempat di Sekolah Kebangsaan Nami. Program bermula jam 8.30 pagi disertai oleh 4 buah sekolah rendah iaitu SK Nami, SK Naka, SK Lubuk Merbau & SK Lamdin. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut antaranya Pertandingan Melukis & Mewarna serta Pertandingan Sukaneka. Program RIMUP peringkat Daerah Padang Terap 2012 ini dirasmikan oleh En. Azahari Ibrahim, Pegawai Ko-Akademik, Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap.



0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP