Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Thursday, May 24, 2012

Lawatan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah ke Sekolah Kebangsaan Nami



Sekalung Budi Buat Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Rooslee bin Ismail, BCK.

Pagi ini merupakan pagi yang sangat bertuah bila mana warga SK Nami menerima kunjungan daripada Tuan Timbalan Pengarah.Kunjungan ini sememangnya amat dinanti-nantikan dari seluruh warga SK Nami. Seawal jam 6.50 pagi  Tuan Timbalan tiba dan turut sama-sama menyambut kehadiran murid bersama-sama guru besar, penolong kanan dan para guru. Hujan renyai-renyai yang turun pada pagi ini seolah-olah renjisan air mawar merestui kedatangan Tuan Timbalan ke SK Nami di pagi yang amat bertuah ini.

Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada semua warga guru SK Nami yang sudi untuk menumpahkan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat di Nami (Sekolah Luar Bandar). Beliau juga turut mengingatkan para guru agar sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa serta turut sama seiring mengarungi gelombang transformasi pendidikan yang telah dicanangkan. Konsep Sekolah Penyayang juga turut menjadi topik yang diperkatakan. Beliau berharap konsep sekolah penyayang seperti yang telah diamalkan sentiasa dibuat penambahbaikan agar murid-murid dapat merasakan mereka dihargai dan sentiasa disayangi apabila berkunjung ke sekolah. Sekolah Kebangsaan Nami juga amat bertuah apabila Tuan Timbalan Pengarah mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM20,000 untuk melengkapkan lagi prasarana sekolah.

Kepada para murid, Tuan Timbalan Pengarah berharap agar murid-murid di SK Nami sentiasa memburu kecemerlangan dan yakin suatu hari nanti lebih ramai keluaran SK Nami yang berjaya dalam pelajaran dan mengecapi kejayaan yang lebih gemilang di peringkat tertinggi.

Apa yang lebih manis, Tuan Timbalan Pengarah juga turut sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam acara yang dipertandingkan sempena minggu bahasa yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu baru-baru ini.Dalam pada itu, beliau juga turut menyampaikan cenderamata dan sama-sama menyanyikan lagu” Selamat Hari Jadi” bersama guru dan murid bagi meraikan murid yang menyambut sambutan hari lahir pada hari ini.

Sejurus selesai perhimpunan pagi, Tuan Timbalan Pengarah diiringi tuan guru besar dan Tuan Pegawai PPD En. Mokhtar bin Hashim merasmikan “Laluan Kasih Sayang” (bersebelahan Kantin Sekolah) yang baru siap pembinaannya.Tuan Timbalan juga tidak lupa menitipkan kata-kata yang sangat bermotivasi untuk para guru dan murid di SK Nami. Kata-kata tersebut diabadikan di laluan tersebut sebagai kenang-kenangan.



Sebelum meninggalkan SK Nami Tuan Timbalan Pengarah juga sudi menikmati sarapan pagi bersama guru dan ibu bapa. Sesungguhnya walaupun singkat kunjungan Tuan Timbalan Pengarah ke teratak SK Nami namun ianya sarat dengan pengetahuan dan pengalaman yang sangat bermakna kepada kami seluruh warga SK Nami. Serangkap pantun lipatan kasih buat Tuan Timbalan Pengarah..

Kuning merah masaknya padi,
Bunga mawar dalam jambangan,
Terima kasih sekalung budi
Kepada Tuan kami ucapkan.



Laporan Oleh : Abdul Manaf bin Abdullah

Read more...

Wednesday, May 23, 2012

Pasukan Bola Sepak SK Nami FC

Barisan Belakang Dari Kiri : Ustaz Nordin, Din, Zool Helmey, Zakir, Ustaz Tarmizi, Moafti, Sahidan & Hafiz.
Barisan Depan Dari Kiri : Ustaz Azha, Ustaz Tarmizi, Ghazali, Faisal, Manaf dan Zamri


Pada tahun ini pasukan Bola Sepak SK Nami yang terdiri dari guru-guru & Staff SK Nami telah mula aktif dan sering mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan Pasukan dari sekolah lain di sekitar Daerah Padang Terap.





Read more...

Thursday, May 17, 2012

Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Sudah menjadi satu tradisi Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dilaksanakan setiap tahun dan pada tahun ini Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2012 telah di jayakan pada Hari Rabu 16 Mei 2012. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Sambutan Perayaan Hari Guru tahun ini, antaranya Persembahan Guru & Murid, Sukaneka Guru, serta Majlis Jamuan Sempena Hari Guru. Pihak Sekolah mengucapkan terima kasih kepada keluarga waris yang menaja Majlis Jamuan Sempena Hari Guru tahun 2012.

Tema Hari Guru 2012
"Guru Inovatif Melonjak Tranformasi Pendidikan Negara"





Read more...

Tuesday, May 15, 2012

Kursus LDP Sekolah Penyayang

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Nami pada Sabtu lalu (12 Mei 2012). Pihak Sekolah menjemput En. Zainol Kaunselor dari SMK Pokok Sena bagi menyampaikan kursus tersebut. 



Read more...

Kem Kecemerlangan UPSR Siri 2 2012


Kem Kecemerlangan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami Siri 2 2012 talah diadakan pada 10 - 11 Mei 2012. Seramai 60 orang murid terlibat dalam program yang di adakan selama 2 hari ini. Pihak sekolah menjemput penceramah luar bagi slot teknik menjawab soalan bagi setiap subjek serta bebarapa aktiviti lain seperti Majlis Bacaan Yasin, Kulaih Maghrib & Subuh dan sebagainya. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada PIBG & Jawatan Kuasa Ibu Bapa Tahun 6 yang bertungkus-lumus bagi menyediakan makanan untuk murid-murid yang terlibat sepanjang program ini. Semoga kerjasama erat antara PIBG & Sekolah dapat merealisasikan harapan sekolah dalam peperiksaan UPSR 2012 seterusnya dapat melahirkan pelajar cemerlang di Sekolah Kebangsaan Nami.






Read more...

Monday, May 14, 2012

Program Sekolah Penyayang



Program Sekolah Penyayang merupakan program mega JPN Kedah yang perlu dijalankan di sekolah-sekolah. Secara ringkasnya Pelaksanaan Sekolah Penyayang peringkat negeri Kedah yang akan dimulakan mestilah berteraskan kepada 9P dan 5K sepertimana yang disarankan oleh Kementerian Pelajaaran Malaysia. Apakah yang dimaksudkaan 9P dan 5K itu?

9P merujuk kepada :-
a. Penyayang
b. Penerimaan
c. Penghormatan
d. Prihatin
e. Pemaufakatan
f. Perpaduan
g. Persaudaraan
h. Pengiktirafaan
i. Persefahaman

Manakala 5K merujuk kepada :-
1. Kesepunyaan
2. Kemesraan
3. Kepuasan
4. Keseronokan
5. Kesabaran


Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak Sekolah Kebangsaan Nami menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid" dan "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan" tetapi, tidak boleh lari daripada teras atau dasar yang telah ditetapkan. Para guru harus sedar sehingga ke peringkat akar umbi bahawa pelajar adalah klien yang sentiasa perlu diberi keutamaan. Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah Mengalu-alukan kehadiran murid setiap pagi, Memberi penghargaan kepada murid, Program Mentor Mentee, Membaca Yasin Bersama Murid, Meraikan Hari Lahir Murid dan sebagainya.


Read more...

Tuesday, May 8, 2012

Pertandingan Choral Speaking


Pasukan Choral Speaking SK Nami menyertai Pertandingan Coral Speking Peringkat Daerah Padang Terap 2012 yang di adakan di SMK Naka. Sekolah Kebangsaan Nami berjaya mendapat tempat ke empat dari tujuh buah sekolah yang menyertai pertandingan kali ini. Tahniah kepada jurulatih yang terdiri dari guru-guru Bahasa Inggeris yang berjaya membentuk satu pasukan Choral Speking seterusnya mewakili sekolah ke pertandingan peringkat Daerah bagi tahun ini.

Read more...

Pertandingan Bowling Antara Staff Sekolah Kebangsaan Nami 2012




Pertandingan Bowling Antara Staff Sekolah Kebangsaan Nami 2012 telah diadakankan pada 1 Mei 2012 yang lalu di Kedah Bowl City Plaza, Alor Setar. Guru Besar En. Shohaimi bin Abu Bakar telah menjuari kejohanan sulung ini bagi kategori Lelaki, manakala Puan Malini Dali (Isteri Ustaz Wan Roslan) telah menjadi johan bagi kategori perempuan.




Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP