Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Monday, November 19, 2012

Pencapaian UPSR 2012

Seramai 50 calon menduduki Peperiksaan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami bagi tahun 2012. Peratus Keseluruhan UPSR Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2012 ialah 32% iaitu meningkat sebanyak 1.6% berbanding tahun 2011 iaitu 30.4%. Agak malang juga tahun ini kerana tiada murid yang memperolehi pencapaian 5A, hanya seorang murid mendapat keputusan 4A, 1B iaitu ain Najda binti Mat Sukeri.


Bagi peratus lulus mata pelajaran adalah seperti berikut :-

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN)
Peratus Lulus = 78% (Meningkat 4.1%)

BAHASA MELAYU (PENULISAN)
Peratus Lulus = 66% (Meningkat 5.1%)

BAHASA INGGERIS
Peratus Lulus = 34% (Menurun 30.4%)

MATEMATIK
Peratus Lulus = 58% (Meningkat 12.3%)

SAINS
Peratus Lulus = 78% (Menurun 6.4%)

Read more...

Hari Keluarga SK Nami 2012

Hari Keluarga SK Nami 2012

Read more...

Tuesday, November 6, 2012

Coretan Khas buat Guru-guru SK Nami

Murid-murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Nami 2012


Coretan khas buat Guru-guru SK Nami  

Assalamualaikum w.b.k. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang berusaha Tuan Guru Besar, En. Mohamad Khamaruddin, barisan penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana mengadakan majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6  Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 2012.

Seterusnya, kami Murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Nami 2012  ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua guru yang telah mendidik kami. Sebahagiannya bermula dari peringkat Pra Sekolah, dan sebahagian besarnya bermula dari Tahun Satu sehinggalah ke Tahun Enam, daripada kami tidak mengenal huruf dan angka, sehinggalah kami dapat menguasai semua kemahiran yang dikehendaki.

Pada kesempatan ini juga, kami menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf, seandainya ada antara kami ada yang melakukan kesalahan dan kekhilafan dari segi tutur kata dan perbuatan sepanjang kami belajar di Sekolah Kebangsaan Nami. Selain itu, antara kami adalah pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan Pengawas ICT 2012, kami juga memohon maaf, sekiranya kami tidak dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagaimana yang diharapkan.

Akhir kata, sampaikanlah salam kami kepada guru-guru yang sudah tidak bersama-sama kita lagi, sama ada yang tidak dapat hadir atau telah berpindah, katakanlah bahawa jasa dan bakti mereka, dan guru-guru yang ada di sini, akan kami sanjungi dan kami ingati sepanjang hayat kami. Hanya Allah sahajalah yang membalas segala pengorbanan guru-guru itu.
Sekian.


Ikhlas Dari :-
Murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Nami 2012

Read more...

Perkhemahan Unit beruniform 2012


Pada 1 , 2 & 3 November 2012 lalu Sekolah Kebangsaan Nami telah menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform 2012. Hampir keseluruhan murid tahap 2 menyertai perkhemahan kali ini. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang perkhemahan ini, antaranya Merentas Hutan, Aktiviti Ikatan dan Simpulan, Pertolongan Cemas, pertandingan Kawad Kaki, Malam Kebudayaan, Pertandingan Memasak dan sebagainya,. Majlis penutup perkhemahan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar iaitu Mohammad Khamaruddin bin Md. Noor.

Keputusan Pertandingan :
1. Pertandingan Kawad kaki
Johan : TKRS
Naib Johan : Pengakap

2. Pertandingan Malam kebudayaan
Johan : Pengakap
Naib Johan : PBSM

3. Pertandingan Seni Perkhemahan 
Johan : Pengakap
Naib Johan : TKRS

4. Pertandingan Memasak
Johan : Pengakap
Naib Johan : TKRS

Peserta Terbaik : Nabila Rozi (Tahun 6)

Keputusan Keseluruhan
Johan : Pengakap
Naib Johan : TKRS
Ketiga : PBSM

Pertandingan Kawad Kaki

Pertandingan Memasak

Read more...

Saturday, November 3, 2012

Majlis Ibadah Korban Peringkat Sekolah 2012


Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah telah mengambil kesempatan menganjurkan Majlis Ibadah Korban peringkat sekolah dengan menyembelih seekor lembu yang disumbangkan oleh beberapa orang guru sekolah.

Program diadakan pada Hari Raya ke 4 Aidiladha dan disertai oleh para guru dan pentdabir serta beberapa ajk PIBG, dan juga pekerja kebersihan sekolah.

Kerja-kerja melapah, membungkus, dan mengagihkan daging kepada peserta dijalankan sejurus kemudian. Sebahagian daging dimasak sebagai jaudah makan tengahari untuk murid-murid & guru serta petugas. Selesai majlis, sebahagian daging diagihkan kepada penduduk setempat.




Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


Read more...

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP