Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, March 9, 2013

1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2013

Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Nami berjaya memperpaiki pencapaian tahun 2012 (1 Emas & 1 Perak) dengan kejayaan merangkul 1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa. Adik Nur Filzati bt Sapidin dari Tahun 6 Cerdik berjaya menyumbang Pingat Emas dalam Acara Lontar Peluru Perempuan (Kelas 3P) pada hari pertama kejohanan dengan catatan rekod baru kejohanan iaitu dengan jarak lontaran 6.67M. Pencapain Pingat Emas dalam acara Lontar Peluru kategori Perempuan ini bermakna SK Nami berjaya mengekalkan pingat emas untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2011, 2012 dan 2013.

 Adik Filzati bersalaman dengan Cikgu Saad Jali (Guru Besar SK Nami) selepas memenangi acara Lontar peluru di hari pertama kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan Sekolah Kebangsaan Nami berjaya menambah pungutan pingat, iaitu 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Pingat perak disumbangkan oleh adik Siti Marsya bt Ahmad Firdaus (Tahun 4) melalui Acara Lontar Peluru Perempuan (Kelas 4P) dengan jarak lontaran 4.93M, manakala Pingat Gangsa disumbangkan oleh Nur Narisya bt Zainal Abidin dalam acara Lompat Jauh Perempuan (Kelas 3P) dengan jarak lompatan sejauh 3.20M.

* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Tahniah buat Seluruh Kontijen Olahraga Sekolah Kebangsaan Nami kerana berjaya memperbaiki pencapaian tahun lepas.

Nama pemenang Pingat Emas Lontar Peluru SK Nami
Tahun 2011 - Nur Aqilah (6.41M) Memecah Rekod Kejohanan
Tahun 2012 - Bahrani bt Yusof (6.44M) Memecah Rekod Kejohanan
Tahun 2013 - Nur Filzati (6.67M) Memecah Rekod Kejohanan


0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP