Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Friday, May 10, 2013

Karnival Bola Baling 1Murid 1Sukan & Sukaneka Peringkat Sekolah 2013



Karnival ini dianjurkan bagi mencungkil bakat terpendam para murid dalam bidang sukan bola baling di samping menyokong dasar pendidikan negara yang menekankan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malahan juga dalam bidang sukan. Karnival ini juga adalah satu program berkonsepkan 1Murid 1 Sukan sepertimana yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tema Karnival Bola Baling 1Murid 1Sukan pada kali ini adalah ”SUKAN UNTUK SEMUA”. Karvival ini dilansungkan pada 2 Mei 2013 terbahagi kepada 2 kategori iaitu Lelaki & Perempuan. Sebanyak 5 Pasukan Lelaki & Enam Pasukan Perempuan telah menyertai karnival pada kali ini.


Pasukan rumah Hijau muncul sebagai Johan Bola Baling Kategori Lelaki setelah menewaskan pasukan Merah pada perlawanan Akhir. Pasukan Hijau menang dengan Jaringan Gol Emas pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan seri 3-3.
Manakala bagi ketegori Perempuan rumah Merah muncul Juara setelah menewaskan rumah Kuning pada perlawanan Akhir. Ismail bin Yusub (Hijau) & Anisah bt Ali (Merah) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan bola baling pada kali ini. 


Bagi murid tahap 1, pertandingan sukaneka telah dijalankan. Pelbagai acara dijalankan untuk murid tahun 1, 2 & 3.




0 comments:



UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP