Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Sunday, February 24, 2013

SAAD BIN JALI


NAMA : SAAD BIN JALI
JAWATAN : GURU BESAR
TARIKH BERKHIDMAT DI SKN : 24.02.2013

Read more...

Wednesday, February 20, 2013

Undian & Jadual Perlawanan Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun

 UNDIAN & JADUAL PERLAWANAN
KARNIVAL BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 12 TAHUN
MSSD PADANG TERAP 2013


TARIKH : 14, 15 & 16 MAC 2013 (Khamis, Jumaat & Sabtu)
TEMPAT : SK SERI BAKTI & SK PANGLIMA AWANG

KUMPULAN A
A1 : SK SERI BAKTI
A2 : SK PERIK
A3 : SK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
A4 : SK PADANG SANAI

KUMPULAN B
B1 : SK TUALAK
B2 : SK KUALA NERANG
B3 : SK NAMI
B4 : SK NAKA
B5 : SK KURONG HITAM

KUMPULAN C
C1 : SK PANGLIMA AWANG
C2 : SK BUKIT TEMBAGA
C3 : SK DATIN FATIMAH
C4 : SK LUBOK MERBAU

KUMPULAN D
D1 : SK KG BELUKAR
D2 : SK TOH PUAN SYARIFAH HANIFAH
D3 : SK PEDU
D4 : SK TANDOP BESAR
D5 : SK PADANG TERAP

SUKU AKHIR
1.    JOHAN A lwn NAIB JOHAN C
2.    JOHAN C lwn NAIB JOHAN A
3.    JOHAN B lwn NAIB JOHAN D
4.    JOHAN D lwn NAIB JOHAN B

SEPARUH AKHIR
PEMENANG 1 lwn PEMENANG 2
PEMENANG 3 lwn PEMENANG 4


Read more...

Sunday, February 17, 2013

Guru Muda 1Malaysia

Guru Muda 1Malaysia (GM1M) yang diilhamkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bakal menjadi pemangkin kepada guru muda dalam membantu melonjakkan transformasi pendidikan negara.
 
GM1M turut bertujuan mengukuhkan lagi profesion perguruan di negara ini di samping memberi tumpuan utama untuk membina negara bangsa dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
 
Idea GM1M adalah ilham Timbalan Perdana Menteri dan tercetus daripada hasrat beliau untuk mengumpulkan guru muda di Kementerian Pelajaran sekali gus membantu negara menjayakan program transformasi. Para pendidik di negara ini memainkan peranan penting dalam membantu negara merealisasikan hasrat tersebut



Bertujuan untuk mengukuh perpaduan guru muda untuk bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memacu dan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Semua guru-guru di Malaysia dijemput untuk menyertai Page Facebook Guru Muda 1Malaysia (GM1M). Sila klik pada gambar di atas.

Read more...

Lagu Transformasi Pendidikan Negara


 Transformasi Pendidikan Negara

Transformasi Pendidikan Negara
Demi Menjayakan
Masa Depan Malaysia
Menerusi Pendidikan
Berkualiti

Di Kota Di Desa
Ilmu Dikongsi Bersama
Membina Potensi Insan
Yang Seimbang

Chorus 1:
Ayuhlah Kita Semua
Bersama Satu Suara
Melonjakkan Pendidikan Bertaraf Dunia

Demi Membangunkan
Insan Kreatif Inovatif
Transformasi Pendidikan
Diutamakan

Chorus 2:
Bangunlah Kita Semua
Kejayaan Di Hadapan
Bersatu Hati Menjunjung
Hasrat Yang Utama

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Padu Tenaga
Menjanakan Keilmuan
Demi Masa Depan
Malaysia

Chorus 1:
Ayuhlah Kita Semua
Bersama Satu Suara
Melonjakkan Pendidikan Bertaraf Dunia

Demi Membangunkan
Insan Kreatif Inovatif
Transformasi Pendidikan
Diutamakan

Chorus 2:
Bangunlah Kita Semua
Kejayaan Di Hadapan
Bersatu Hati Menjunjung
Hasrat Yang Utama

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Padu Tenaga
Menjanakan Keilmuan
Demi Masa Depan

Ayuhlah Kita Semua
Bersama Padu Tenaga
Menjanakan Keilmuan
Demi Masa Depan
Malaysia
Malaysia
Malaysia

PENCIPTA LAGU : Encik Rosman bin Adam
PRODUKSI LAGU : Keralai Sakti Studio (LY Baiduri)
PENYANYI : Hafiz dan Stacy
TERBITAN : Kementerian Pelajaran Malaysia
KORDINATOR : Unit KomunikasiKorporat, KPM

Lagu Transformasi Pendidikan Negara terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diperkenalkan di Majlis Perutusan Tahun Baru 2013 baru-baru ini.

Lagu tersebut digalakkan untuk dinyanyikan di majlis-majlis rasmi anjuran bahagian dan agensi KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.

Berikut merupakan pautan untuk memuat turun lagu tersebut:
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_002706.zip

Sekian, terima kasih.

Read more...

Thursday, February 7, 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Sekolah

Umat Islam seluruh Malaysia menyambut hari Maulidur Rasul yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawwal 1434 Hijrah. Tema Maulidur Rasul Tahun 2013 yang dipilih ialah 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' selaras dengan tema Maal Hijrah 1434.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami Tahun 1434H / 2013 telah diadakan pada 31 Januari 2013. Program dimulakan dengan Perarakan dan berselawat ke atas junjungan Nabi di kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Nami. Selain itu Pelbagai beberapa aktiviti dijalankan bagi pada majlis sambutan ini. Antara aktiviti yang dijalankan :-
1. Pertandingan Azan
2. Pertandingan Nasyid
3. Pertandingan Bercerita Kisah Nabi
4. Pertandingan Mewarna


 



Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP