Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Saturday, March 16, 2013

Pasukan Bola Sepak SK Nami 2013

Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun MSSD Padang Terap 2013 telah diadakan pada 14, 15 & 16 Mac 2013 bertempat di Padang SK Seri Bakti dan SK Panglima Awang. Pasukan SK Nami menamatkan saingan dengan menduduki tempat ketiga Kumpulan B hasil dari 1 kemenangan, 2 seri & 1 kekalahan.

KEDUDUKAN KUMPULAN B

Keputusan Perlawanan SK Nami :
SK Nami (0) lwn SK Naka (3)
SK Nami (0) lwn SK Kurong Hitam (0)
SK Nami (0) lwn SK Kuala Nerang (0)
SK Nami (1) lwn SK Tualak (0)

Read more...

Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Balapan & Padang MSSD Padang Terap 2013


Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Kali Ke-5 Tahun 2013 telah dilansungkan pada 7, 8 dan 9 Mac 2013 di SMK Tunku Anum, Jitra, Kedah. Pada tahun ini Kontijen SK Nami telah menghantar seramai 21 Atlit bagi menyertai kejohanan kali ini.

 Sebahagian dari Atlit SK Nami 2013

Sekolah Kebangsaan Nami berjaya merangkul 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap Tahun 2013. Sekolah Kebangsaan berjaya membaiki pungutan pingat tahun lepas dengan menduduki tempat ke-8 keseluruhan.

Sekolah Kebangsaan Naka berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas apabila muncul Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Padang Terap 2013 dengan pungutan pingat 11 Emas dan 3 Perak. Manakala Sekolah Kebangsaan Perik berjaya muncul Naib Johan Keseluruhan dengan 7 pungutan pingat ( 2 Emas, 5 Perak dan 2 Gangsa). 

SENARAI KUTIPAN PINGAT 
(SEKOLAH RENDAH)


Manakala SMK Dato' Syed Ahmad muncul Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah menengah dengan 54 pungutan pingat keseluruhan (22 Emas, 16 Perak dan 16 Gangsa). Manakala SMK Naka pula muncul sebagai Naib Johan Keseluruhan dengan 34 pungutan pingat (11 Emas, 11 Perak dan 12 Gangsa).

SENARAI KUTIPAN PINGAT 
(SEKOLAH MENENGAH)

Read more...

1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa di Kejohanan Olahraga MSSD Padang Terap 2013

Pada tahun ini Sekolah Kebangsaan Nami berjaya memperpaiki pencapaian tahun 2012 (1 Emas & 1 Perak) dengan kejayaan merangkul 1 Emas, 1 Perak & 1 Gangsa. Adik Nur Filzati bt Sapidin dari Tahun 6 Cerdik berjaya menyumbang Pingat Emas dalam Acara Lontar Peluru Perempuan (Kelas 3P) pada hari pertama kejohanan dengan catatan rekod baru kejohanan iaitu dengan jarak lontaran 6.67M. Pencapain Pingat Emas dalam acara Lontar Peluru kategori Perempuan ini bermakna SK Nami berjaya mengekalkan pingat emas untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2011, 2012 dan 2013.

 Adik Filzati bersalaman dengan Cikgu Saad Jali (Guru Besar SK Nami) selepas memenangi acara Lontar peluru di hari pertama kejohanan.

Pada hari kedua kejohanan Sekolah Kebangsaan Nami berjaya menambah pungutan pingat, iaitu 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa. Pingat perak disumbangkan oleh adik Siti Marsya bt Ahmad Firdaus (Tahun 4) melalui Acara Lontar Peluru Perempuan (Kelas 4P) dengan jarak lontaran 4.93M, manakala Pingat Gangsa disumbangkan oleh Nur Narisya bt Zainal Abidin dalam acara Lompat Jauh Perempuan (Kelas 3P) dengan jarak lompatan sejauh 3.20M.

* Sila klik pada gambar bagi membesarkan saiz gambar

Tahniah buat Seluruh Kontijen Olahraga Sekolah Kebangsaan Nami kerana berjaya memperbaiki pencapaian tahun lepas.

Nama pemenang Pingat Emas Lontar Peluru SK Nami
Tahun 2011 - Nur Aqilah (6.41M) Memecah Rekod Kejohanan
Tahun 2012 - Bahrani bt Yusof (6.44M) Memecah Rekod Kejohanan
Tahun 2013 - Nur Filzati (6.67M) Memecah Rekod Kejohanan


Read more...

Tuesday, March 5, 2013

Jadual Peperiksaan & Pentaksiran Bulanan Pertama (Mac 2013)

PEPERIKSAAN & PENTAKSIRAN BULANAN PERTAMA (MAC 2013)
Tarikh : 
17 Mac 2013 (Ahad)
18 Mac 2013 (Isnin)
19 Mac 2013 (Selasa)

JADUAL PENTAKSIRAN TAHAP 1 (TAHUN 1, 2 & 3)

JADUAL PEPERIKSAAN TAHAP 2 (TAHUN 4, 5 & 6)

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP