Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013
Tema Sambutan Hari Guru tahun 2013 ialah Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda.
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013 (GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA)
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami tahun
2013 telah dijalankan pada Khamis 16 Mei 2013 iaitu tarikh yang amat
bermakna bagi setiap insan yang bergelar guru. Pelbagai aktiviti
dijalankan sepanjang majlis sambutan tersebut. Antaran aktiviti yang dijalankan adalah Majlis Bacaan Yasin, Bacaan Ikrar & nyanyian Lagu, Sesi Bergambar & Hadiah Hari Guru, Permainan Bola Sepak, Bola Baling & Sukaneka, Persembahan Murid, Sesi Cabutan Bertuah dan majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Guru.
Majlis Sambutan Hari Guru 2013 dimulakan dengan Baccan Surah Yasin
Bacaan Ikrar & Nyanyian Lagu oleh para guru SK Nami
Sesi bergambar sempena Sambutan Hari Guru 2013
Permainan Bola Sepak
Permainan Bola Baling bagi guru-guru perempuan