Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Tuesday, April 29, 2014

Kejohanan Balapan & Padang MSSM kali ke 56 Tahun 2014


Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah diamanahkan untuk mengelola Kejohanan Balapan Dan Padang Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) kali ke-56 tahun 2014 yang akan diadakan pada 3 - 7 Mei 2014 di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Tetamu utama semasa majlis perasmian pembukaan kejohanan ialah Yang Berbahagia, Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Read more...

Friday, April 25, 2014

Tahniah buat Kopral TKRS Mohd Aidil bin Johari (Tahun 6 Cerdik)

Tahniah buat Kopral TKRS Mohd Aidil bin Johari dari Tahun 6 Cerdik kerana di anugerahkan Pangkat Kopral TKRS pada Perkhemahan Latihan Pusat Perkhemahan PBB Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 pada 8 - 11 April 2014 yang lalu, bertempat di Pusat Latihan KRS Kem Nur Hijrah Batu Hampar, Yan, Kedah DArul Aman


Kopral TKRS Mohd Aidil Juga terpilih mewakili Negeri Kedah pada Perkhemahan PBB Peringkat Kebangsaan di Kem Tekali, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor Darul Ehsan.

Read more...

Jamuan Perpisahan Guru & Meraikan Guru Besar

Jamuan guru SK Nami telah di adakan pada 14 April 2014 bertempat di Restoran Berpusing 360 Menara Alor Setar. Jamuan perpisahan ini bagi menghargai jasa bakti guru yang meninggalkan SK Nami iaitu Cikgu Hafiz yang kini berkhidmat di SK Lamdin dan juga bagi meraikan dan mengalukan Guru Besar Saad bin Jali yang kini dapat berkhidmat semula selepas sembuh dari kemalangan jalanraya yang lalu .



Read more...

Monday, April 7, 2014

Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M)


Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), adalah inisiatif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuan selaras dengan program-program yang menjana transformasi kerajaan pada masa ini atau pakej bantuan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Pelaksanaan program i-TR1M ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penggunaan NetBook 1Malaysia yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar terpilih kerana sebahagian besar program i-TR1M dikendalikan secara online.
Program i-TR1M boleh dijadikan sebagai usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan pelajar-pelajar terpilih di samping usaha gigih yang telah dilaksanakan oleh guru-guru mereka di dalam kelas. Adalah diharapkan program ini boleh memberikan impak yang besar kepada meraka dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar kurang berkemampuan berbanding kumpulan pelajar yang lebih berkemampuan.

OBJEKTIF
Program i-TR1M adalah bertujuan untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti di samping membudayakan dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pembelajaran serta kehidupan seharian di kalangan pelajar terlibat.
Program iTR1M juga boleh menambahkan contact hour pelajar dengan guru.
Menambahkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti khususnya untuk menghadapi peperiksaan.
Jurang pencapaian di antara pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan berada akan dapat dikurangkan.
Secara tidak langsung program i-TR1M juga dapat membantu pihak sekolah dalam memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang lemah dan usaha ini tentunya akan dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik sekolah.

sila klik ke www.unicliq.com

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP