Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Wednesday, October 14, 2015

Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Peringkat Negeri Kedah 2015 (PSKPPK)

 

Pesta PSKPP Negeri Kedah Darul Aman adalah satu hari perhimpunan warga pendidikan seluruh Negeri Kedah yang melibatkan penyertaan seluruh warga pendidikan dari setiap daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Pesta tahunan ini memberi tumpuan kepada acara sukan dan kebudayaan bagi mencungkil calon-calon dari warga pendidikan yang berkebolehan dan berpotensi tinggi bagi mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan. Pesta ini juga diharap dapat memupuk rasa persaudaraan dan menanamkan semangat juang yang tinggi di kalangan warga pendidikan.

Pada tahun ini Daerah Padang Terap telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menjayakan Pesta Sukan dan Kebudayaan Peringkat Negeri Kedah (PSKPPK) 2015. Pesta sukan ini berlansung pada 22 hingga 24 Oktober 2015 di sekitar Daerah Padang Terap mengikut venue pertandingan acara masing-masing. SK Nami juga diberikan tanggungjawab bagi menyediakan Teks Ucapan Pengarah Pendidikan & Pegawai PPD Padang Terap serta Menyediakan Buku Program Kejohanan PSKPP 2015.

2. MATLAMAT
2.1 Memberi kesedaran kepada seluruh warga pendidikan betapa pentingnya semangat kekitaan, berdaya saing dan kemantapan aspek jasmani, rohani, emosi dan intelek dalam kehidupan seharian.
2.2 Mencungkil dan mengenengahkan bakat-bakat yang ada pada warga
pendidikan dalam bidang sukan dan kebudayaan bagi mewujudkan kakitangan pendidikan yang sihat, cergas dan cerdas.
2.3 Sebagai satu hari perhimpunan warga PSKPP Kedah bagi mengeratkan hubungan warga pendidikan dari seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

3. OBJEKTIF
3.1 Melaksanakan aktiviti berbentuk riadah di kalangan ahli-ahli PSKPP Negeri Kedah.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli dalam bentuk satu perhimpunan persaudaraan.
3.3 Melahirkan ahli-ahli yang berbakat dan berpotensi untuk mewakili negeri
ke pertandingan peringkat kebangsaaan.
3.4 Mewujudkan semangat kekitaaan dalam pasukan negeri.
3.5 Merealisasikan slogan “Kita Boleh’ di kalangan ahli.

Jenis Permainan yang dipertandingkan pada PSKPPK Padang Terap 2015

Pihak Sekolah mengharapkan Kontijen Daerah Padang Terap dapat bersaingan seterusnya berjaya menjuarai pertandingan pada tahun ini. Semoga Pesta PSKPPK 2015 ini dapat dijayakan dengan sebaiknya. InsyaAllah

Buku Program PSKPPK 2015


Read more...

Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015


Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015 telah diadakan seawal jam 7.45 pagi pada 10 Oktober 2015 (Sabtu). Acara dimulakan dengan perasmian oleh Tuan Guru Besar SK Nami iaitu En. Saad bin Jali seterusnya Senamrobik yang melibatkan semua Murid, Guru dan Ibubapa. Selain Itu pelbagai acara dijalankan sepanjang Hari Sukan Negara iaitu :-
- Acara Sukaneka Murid (Tahun 1 - Tahun 6)
- Acara Tarik Tali Murid (L&P)
- Acara Kerusi Muzik (Guru & Ibubapa)
- Acara Sepak Raga Bulat (Guru & Bapa)
- Acara Memancing Ikan





 




Pihak Sekolah mengucapkan terima kasih kepada ibubapa & waris serta masyarakat setempat yang turut hadir memberi sokongan dan sumbangan bagi memeriahkan Program Hari Sukan Negara peringkat Sekolah Kebangsaan Nami 2015.

Takkan tengok je? Come on take a shot!

#HariSukanNegara

Read more...

UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP