Misi & Visi Sekolah

Misi & Visi Sekolah

Visi Baru SK Nami

Visi Baru SK Nami

Monday, October 10, 2016

HARI SUKAN NEGARA 2016

TARIKH: 08 OKTOBER 2016 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 12.00 T/HARI
TEMPAT: SK NAMI
PENGLIBATAN: SEMUA GURU, MURID DAN IBUBAPA (PIBG)




Acara dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Asma Hanim dan Cikgu Suhana.


Disusuli dengan Liga Bola Sepak Campuran antara murid-murid dan wakil ibubapa.


Di samping itu, turut dijalankan pada masa yang sama acara tarik tali bagi kategori perempuan gabungan murid dan para ibu.


Acara sukaneka turut berlansung sejurus selepas itu.

Acara kerusi muzik kategori ibubapa

Acara gelek gelung rotan

Sekitar jam 12.00 tengah hari, bermulalah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

GPK 1, Encik Ishak menyerahkan hadiah kepada ibubapa yang menang

YDP PIBG menyerahkan hadiah kepada murid-murid yang menang

Antara waris yang hadir memeriahkan suasana Hari Sukan Negara 2016

Tahniah diucapkan buat semua warga SK Nami yang telah menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga pada tahun hadapan kita akan berjumpa lagi dengan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan gilang-gemilang. #harisukannegara2016

                                            Ikan bernama si ikan laga,
                                            Ikan dibeli si anak Sahlan,
                                            Makan dan minum hendaklah dijaga,
                                            Yang berkhasiat jadikan amalan.

                                            Benihnya mangga ingin ditanam,
                                            Boleh dimakan tiba masanya,
                                            Elakkan diri malas bersenam,
                                            Barulah hidup yakin sentiasa.
                                       


                                       



Read more...

Saturday, October 8, 2016

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2016

                                 TARIKH             : 22 SEPTEMBER 2016 (KHAMIS)
                                 MASA                : 8.30 PAGI - 12.30 T/HARI
                                 TEMPAT            : DEWAN TERBUKA, SK NAMI
                                 PENGLIBATAN  : SEMUA GURU, MURID DAN IBU BAPA


Aktiviti dimulakan dengan pertandingan basikal berhias bertemakan bulan kemerdekaan. Sebanyak lebih dari 40 penyertaan yang telah diterima dikalangan murid-murid dan hanya 35 orang pemenang sahaja yang akan dipilih. 


Antara basikal berhias yang menang.

Acara diteruskan dengan perarakan basikal berhias dan kenderaan bermotor yang lainnya ke Padang Kampung Nami.


Setibanya di sana, acara sukaneka menangkap ayam telah dijalankan.


Selepas perarakan pulang, acara di dalam dewan mula mengambil tempat.


Penceritaan Sejarah Asal Usul Nami


Forum Kemerdekaan oleh wakil murid


Pertandingan Pakaian Beragam


Tempat Pertama Pertandingan Kelas Tercantik Bertemakan Kemerdekaan
Kelas 2 Cerdik


Video Perasmian Penutupan Bulan Kemerdekaan


PIBG gotong-royong Menyediakan Menu Juadah Merdeka
Ubi Rebus dan Kelapa Parut

Terbang silisih siburung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi,
Terima kasih daun keladi,
Di lain tahun berjumpa lagi.

Read more...

PENYELARAS ICT SK NAMI 2016


PUAN SUHANA BINTI HASHIM
BERKUATKUASA APRIL 2016

Read more...


AHMAD MUSLIM BIN MAHMOOD
GURU BESAR SK NAMI

          Dilahirkan pada tanggal 5 Disember 1969, anak jati Kedah ini yang berasal dari Kampung Rambai, Pendang telah mendapat pendidikan awal di SK Kampung Rambai dan kemudiannya berpindah ke SK Haji Idris, Alor Setar. Setelah tamat pendidikan rendah, beliau telah melanjutkan pelajaran di SMK Tajar dari tingkatan 1 hingga tamat tingkatan 5. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di SMK Dato Syed Omar pada tahun 1988.

          Kerana minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan, beliau telah mengambil Sijil Asas Perguruan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1990-1992) dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Darul Aman (2011-2015).

          Berpengalaman hampir 24 tahun dalam bidang pendidikan, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang guru pada awalnya di SK Limau Kasturi, Kelantan pada tahun 1992 hinggalah 1996. Setelah berkahwin, beliau kemudiannya berpindah ke SK Paya Rawa, Pendang sekitar tahun 1997 hinggalah pertengahan tahun 2000. Pada bulan Jun 2000 pula, beliau telah memulakan khidmat baktinya di SK Sungai Tiang, Pendang sehinggalah bulan Oktober 2010. Kemudian, beliau telah berkhidmat di SK Lubuk Merbau sehinggalah tanggal 15 Ogos 2016. Setelah itu, beliau telah ditawarkan bagi mengisi kekosongan tempat Guru Besar di SK Nami yang telah ditinggalkan oleh Cikgu Saad Bin Jali pada bulan April yang lalu kerana berpindah ke Kulim.

                    Sungguh riang anak Palembang,
                    Mengayuh sampan sambil berdendang,
                    Syair disebut nada terbilang,
                    Selamat datang Tuan, kami ucapkan.

Read more...


UPTOWN HOMESTAY KUALA NERANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Pihak Sekolah Kebangsaan Nami tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari portal ini. (nami7007)

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP